Menabung untuk masa depan
Aug 25th, 2008 by mjkhir
Bila sebut soal menabung ni, banyak persepsi dan reaksi akan bermain di minda. Tahukah anda bahawa untuk membuat pelaburan, kita wajib mempunyai tabungan? Tabungan yang mencukupi boleh dijadikan modal untuk mula melabur di waktu yang sesuai.
Apabila mendapat gaji, cuba amalkan sikap ambil dulu bahagian untuk tabungan sebelum kita membelanjakan hasil yang diterima pada bulan tersebut. Saya ambil contoh peruntukkan 10 peratus daripada pendapatan bulanan kita sebagai tabungan. Walaupun sukar tapi jika kita terus lakukannya saya percaya anda akan mendapat manfaat daripadanya.
Apa gunanya tabungan tu? Tak perlulah saya jelaskan untuk apa tabungan tu… sendiri fikirlah… tak mau fikir, tak pe, nanti dapatla jawapan tu sendiri…
Mulakan langkah anda hari ni dengan mula menabung…

