Passport ke mercu kejayaan - Cepat Buat Keputusan!!!
Aug 24th, 2008 by mjkhir
ya, jika anda ingin menuju ke Planet Jutawan, anda harus mempunyai kebolehan untuk embuat keputusan dengan cepat. Hanya mereka yang dapat membuat keputusan yang tepat dengan pantas dapat mengaut keuntungan.
Di dalam perlumbaan menuju ke Planet Jutawan, anda hanya perlu menjawab ya atau tidak. Keputusan dari ya atau tidak tadi pastinya memberi impak besar dalam sejarah hidup anda. Ingat, peluang hanya datang sekali sahaja. Jika anda melepaskan sesuatu peluang, mungkin orang lain akan memperolehinya. Jika anda tersilap buat satu keputusan juga, anda akan merana, kemungkinan seumur hidup anda.
Cuba latih diri anda untuk cepat berfikir dan menganalisa sesuatu peluang yang terhidu. Jangan lepaskan sesuatu peluang keemasan. Jangan juga anda masuk dalam perangkap yang kononnya satu peluang keemasan, tetapi sebaliknya anda telah masuk ke dalam neraka kehidupan akibat salah membuat keputusan.
Fikir-fikirkanlah….

