Dunia Muslim.net

Perjalanan Pertamaku Ke Arah Kekayaan OD - ASB
Hari ini adalah hari yang kutunggu-tunggu.  Wang D aku telah pun di masukkan ke dalam Current Account RHB aku.  Walaupun aku terpaksa menunggu seama 3 minggu, aku masih sabar menunggu.

Tempoh hari, aku telah menukarkan simpanan dalam ASb sebanyak RM 30 ribu ke bentuk sijil untuk dicagarkan bagi tujuan memperolehi kemudahan OD (overdraft) dari RHB bank.  Dengan kadar faedah yang menarik, hanya 6.75% setahun, aku yakin ianya dapat membantu aku merealisasikan impian aku untuk mengecap kesenangan di hari tua kelak.

Dengan matlamat kewangan yang telah aku rangka, aku semakin bersemangat untuk meneruskan perancangan  kewangan aku.  Margin 95% yang diberikan oleh RHB (RM 28500) akan ku manipulasi sebaik mungkin untuk menjana kewangan dan menambah pelaburan aku.

Cuma aku agak risau juga, takut-takut tersilap langkah, boleh memakan diri. Apakah langkah aku mendapatkan kemudahan OD ni betul? Adakah aku mempunyai disiplin kewangan yang kuat?  hu hu hu takutnya aku….  Mudah-mudahan aku berjaya

Di lain kali, aku akan terangkan bagaimana OD ni boleh membantu aku untuk merealisasikan impianku…

Merancang Kewangan Anda
Hari ini saya ingin mengajak anda smeua berfikir sejenak mengenai kepentingan merancang kewangan.  Biarlah kita sama-sama membuka minda kita agar kita mempunyai matlamat kewangan yang jelas.

Sekaya manapun anda, jika tidak merancang kewangan dengan baik, saya percaya ia sama sahaja dengan mereka yang miskin!!!  Mengapa saya berkata begitu?  Cuba anda bayangkan, jika mereka mendapat gaji sebanyak 5 ribu sebulan, tetapi tidak mempunyai rancangan kewangan yang betul, maka 5 ribu tersebut akan hangus dalam sebulan, sama dengan mereka yang berpendapatan 800 sebulan.

Jika anda mengambil berat tentang rancangan kewangan, walau sedikit manapun gaji anda, jika digunakan dengan cermat seperti yang dirancang, saya percaya ia akan bertambah banyak suatu hari nanti.

Setiap orang haruslah mempunyai matlamat kewangan yang jelas.  Rancangan untuk hari ini, pengurusan hutang, rancangan persaraan, harta, wasiat, insurans dan sebagainya, harus diambil berat untuk kesejahteraan hidup anda sekeluarga.

Luangkan sedikit masa untuk berfikir mengenai rancangan persaraan anda, adakah anda telah bersedia ke arah itu?  cukupkah tabungan anda menjelang hari tua?  Maka jika jawapannya belum, anda boleh memulakan rancangan pelaburan anda.  Hanya anda yang yahu mengenai perjalan duit anda dan hala tuju anda…

Ingat, takkan sampai umur 60 tahun kita masih nak bekerja membanting tulang untuk mencari sesuap nasi?  Pada waktu itu, kira sepatutnya menuai hasil yang kita tanam sewaktu kita muda…

Fikit-fikirkanlah…

ASB - Keistimewaan untuk bumiputera
Kali ini, saya ingin memberikan sedikit pendapat dan pandangan saya mengenai ASB (Amanah Saham Bumiputera).  Skim simpanan yang deperkenalkan oleh PNB ini amat berharga yang dikhususkan untuk BUMIPUTERA sahaja…

Dengan pulangan dividen yang lumayan dan jaminan oleh kerajaan, kita seharusnya mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat pelaburan untuk kesejahteraan kita.  Pada masa kini, memilih medium pelaburan juga amat penting.  Silap melabur, maka leburlah wang hasil titik peluh kita.  Jika kita masih baru dalam dunia pelaburan, maka ASB adalah medium pelaburan yang terbaik.

Kestabilan dividen yang diberi juga boleh mendatangkan hasil yang lumayan buat para pelabur.  Kehebatan ‘compound interest’ perlu diambil kira dalam membuat simpanan.  Jika kita menyimpan dengan konsisten, ianya akan menjadi berganda-ganda dengan cepat.  Ini boleh menjadi mesin wang yang boleh menjana wang sendiri yang hebat.

Jadi, tunggu apa lagi, mulakan langkah anda hari ini dengan mula menabung dalam akaun ASB anda hari ini….

Menabung untuk masa depan
Bila sebut soal menabung ni, banyak persepsi dan reaksi akan bermain di minda.  Tahukah anda bahawa untuk membuat pelaburan, kita wajib mempunyai tabungan?  Tabungan yang mencukupi boleh dijadikan modal untuk mula melabur di waktu yang sesuai.

Apabila mendapat gaji, cuba amalkan sikap ambil dulu bahagian untuk tabungan sebelum kita membelanjakan hasil yang diterima pada bulan tersebut.  Saya ambil contoh peruntukkan 10 peratus daripada pendapatan bulanan kita sebagai tabungan.  Walaupun sukar tapi jika kita terus lakukannya saya percaya anda akan mendapat manfaat daripadanya.

Apa gunanya tabungan tu?  Tak perlulah saya jelaskan untuk apa tabungan tu… sendiri fikirlah… tak mau fikir, tak pe, nanti dapatla jawapan tu sendiri…

Mulakan langkah anda hari ni dengan mula menabung…

Panduan Kepada Pembeli Rumah
Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah

Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:

• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)

seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk

bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti

kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.

Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada

pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk

nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah

Pastikan status tanah sama ada:-

• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.

• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.

• Rezab Melayu.

* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat

Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur

Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai

maklumat berikut:-

1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;

2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;

3. Nama dan alamat:

i) Pemaju perumahan berlesen

ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)

iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)

iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)

4. Status tanah:

i) Bebas

ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan

iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.

5. Dekripsi kedudukan

i) Spesifikasi bahan binaan rumah

ii)Luas bangunan

iii)Kemudahan/perkhidmatan

6. Nama projek perumahan, jika ada;

7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;

8.Harga jualan setiap jenis rumah;

9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan

10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan

nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah

Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang

terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)

1989.

Bayaran Pertama

Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga

rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah

tarikh yang sama.

Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa

pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek

Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu

perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran

ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran,

pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar

10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli

Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah

yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan

perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada

pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur

Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan

kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa

Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud

dipecahbahagi.

Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:

a) Bagi tanah dan bangunan

.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan

bagi pemajuan perumahan berkenaan.

b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi

.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan

bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan

Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatanperkhidmatan

seperti berikut:-

Bagi tanah dan bangunan

(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab

jalan.

(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak

Berkuasa Yang Berkenaan.

(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa

mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih

belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu

hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi

(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama

dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.

(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan

pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian

hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada

tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah

Akta Hakmilik Strata 1985.

(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah

Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh

Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan

penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.

Ingatan:-

Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib

dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.

Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada

kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%)

daripada bayaran perkhidmatan.

Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan

sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan

selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain

Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana

yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran,

cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong

Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk

penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan

kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi

bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)

Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan

pemilikan kosong.

Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada

semasa penyerahan pemilikan kosong.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-

(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:

a. Bangunan tersebut telah siap.

b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.

(ii) Pemaju telah memohon:

a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *

b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan

diterima oleh PBT.

* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk

pengeluaran CFO.

Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan

kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta

kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.

Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan

kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan

aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi

Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang

ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada

pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada

harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan

Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.

Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang

DiPecahbahagi

Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik

Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.

Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah

bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan

Anda boleh menghubungi :

Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara

50782 KUALA LUMPUR

No.Tel : 03 - 20947033

N o.Fax : 03 - 20925049

Passport ke mercu kejayaan - Cepat Buat Keputusan!!!
ya, jika anda ingin menuju ke Planet Jutawan, anda harus mempunyai kebolehan untuk embuat keputusan dengan cepat.  Hanya mereka yang dapat membuat keputusan yang tepat dengan pantas dapat mengaut keuntungan.

Di dalam perlumbaan menuju ke Planet Jutawan, anda hanya perlu menjawab ya atau tidak.  Keputusan dari ya atau tidak tadi pastinya memberi impak besar dalam sejarah hidup anda. Ingat, peluang hanya datang sekali sahaja.  Jika anda melepaskan sesuatu peluang, mungkin orang lain akan memperolehinya.  Jika anda tersilap buat satu keputusan juga, anda akan merana, kemungkinan seumur hidup anda.

Cuba latih diri anda untuk cepat berfikir dan menganalisa sesuatu peluang yang terhidu.  Jangan lepaskan sesuatu peluang keemasan.  Jangan juga anda masuk dalam perangkap yang kononnya satu peluang keemasan, tetapi sebaliknya anda telah masuk ke dalam neraka kehidupan akibat salah membuat keputusan.

Fikir-fikirkanlah….

Pra syarat untuk bergelar “JUTAWAN!!!”
Salam sejahtera.

Saya percaya semua orang pernah berangan-angan utuk bergelar jutawan.  Ya, semua orang, termasuk saya!.  Rasanya mustahil jika dengan hanya kerja makan gaji sumur hidup dapat bergelar jutawan.  Siapa yang tak nak hidup senang.  Semua orang mengimpikan kehidupan mewah dan yang paling penting mempuyai wang!!!

Hu hu hu, sememangnya bukan mudah untuk bergelar jutawan ni.  “Jika aku hanya seorang kerani atau mat dispatch, bolehke aku nak jadi jutawan?”  “lainla macam si Epoi tu, budak Felda, nanti kalau tanah mak dia kena beli, bolehla jadi jutawan segera…” “aku ni apa ade, habuk je le, dapat gaji, abis bayar hutang, nak jadi jutawan konon”

Inilah dialog biasa yang kita dengar.  Memang betul berangan nak jadi orang kaya memang ade, tapi nak jadi orang kaya, ish bukan senang…  Saya dulupun beranggapan seperti itu.  Setelah berguru dengan orang yang betul, saya dah mempersiapkan minda saya sama seprti minda jutawan.  Jika anda ingin menjadi salah sorang jutawan beberapa perkara yang menjadi pra syarat haruslah di penuhi.

Nak tau apa pra syarat yang saya maksudkan tu? Sabar…. banyak masa lagi untuk kita sama-sama bongkar rahsia untuk jadi jutawan ni.  Kali ini saya akan kongsikan sedikit pra syarat yang harus anda penuhi untuk mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam roket yang akan membawa anda ke Planet Jutawan…

Pra syarat nya adalah seperti berikut:-

Berdisiplin

Bermotivasi

Berfikiran positif

Berdaya saing

Bijak dan rajin belajar

NAntikan topik yang akan datang dan semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari blog ini.

Selamat Datang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini muncullah sebuah portal terbaru yang akan membincangkan mengenai kewanga dan pelaburan khusus untuk rakyat Malaysia.  Dengan pengalaman yang saya ada selama ini, saya cuba berkongsi dengan anda mengenai panduan kewangan.

Seperti yang anda semua tahu, tiada panduan atau pendidikan formal yang diajar keada kita tentang kewangan apatah lagi bagaimana untuk mengumpul kekayaan.  Marilah kita bersama-sama untuk mencungkil potensi untuk menjana kewangan.  Perkongsian bijak ini dapat mencapai matlamatnya jika kita sama-sama dapat menyumbang ke arah tersebut.